Visi dan Misi
Visi SMA Marang
SMA Marang Terbilang Akademik, Unggul Sahsiah Menjelang 2015
Misi SMA Marang
Mewujudkan iklim bermotivasi tinggi yang berpanjangan bagi:
Melahirkan pelajar yang beriman, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berketerampilan dan berwawasan serta mempertingkatkan potensi dan kecemerlangan mereka dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara
Mempertingkatkan pentadbiran dan pengurusan yang berintegriti, budaya yang sihat, iklim yang kondusif serta jaringan komuniti yang padu untuk kecemerlangan organisasi
Piagam Pelanggan
Komitmen kami untuk ;
1) Menyediakan kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap, mencukupi dan bermutu selaras dengan perkhidmatan dan Sekolah Penyayang
2) Memberi peluang yang sama adil kepada setiap anak didik tanpa mengira latar belakang untuk mendapat pendidikan yang terbaik
3) Mencungkil potensi setiap pelajar ke tahap maksimum
4) Mempastikan proses P&P sentiasa berjalan lancar dan berkesan sepanjang masa
5) Mempertingkatkan sumbangan dan tanggungjawab ke tahap gemilang dan terbilang sesuai dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara dan Etika Falsafah Perguruan
6) Mempastikan sekolah sentiasa peka dam responsif kepada kehendak pelanggan serta memberikan layanan mesra kepada semua yang datang berurusan dengan pihak sekolah
7) Bersedia menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan nama baik sekolah
No comments:
Post a Comment