SMA Khairiah


 

Sejarah

Sekolah Menengah Agama Khairiah mula diasaskan pada 8 Sept 1942 di beranda Masjid Hiliran, Kuala Terengganu oleh Ustaz Hj. Ahmad Fuad dan Ustaz Ahmad Zaki bin Salleh Al-Masri. Perasmiannya telah dilakukan oleh DYMM Sultan Sulaiman pada hari Jumaat, 05 Mac 1943. Kemudiannya Madrasah Al-Khairiah dipindahkan kawasan dekat Masjid Hiliran yang telah dikhairatkan dua buah rumah oleh Dato' Andika DiRaja dan En. Mohd. Ali Awang Besar. Pada awal 1953 SMA Khairiah dikhaskan kepada pelajar-pelajar perempuan sahaja sehingga kini.Pada 29 April 1959 Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu telah membeli rumah daripada Tuan Hj. Kassim bin Omar di Gong Kapas, Kuala Terengganu. Pada 06 April 1961, mula dipindahkan ke bangunan baru di Gong Kapas. Pembukaan rasmi pada 27 Mei 1961 oleh DYMM Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sultan Terengganu. Pembesaran kawasan sekolah dari semasa ke semasa dilakukan dengan pengambilan tanah oleh kerajaan iaitu Bengkel Jahitan MARA.

PIAGAM SEKOLAH

1.PELAJAR
* Memberi limu pendidikan berkualiti selaras dengan kurikulum pendidikan    Negara.
* Berusaha menyediakan pelajar cemerlang dengan pencapaian gred A    bagi semua pelajaran dalam PMR dan SPM.
* Memberi peluang kepada setiap pelajar memperkembang potensi positif    untuk mempertingkat ketrampilan pelajar melalui aktiviti kokurikulum    dan pembangunan insan ke peringkat antarabangsa.
* Bersedia membantu pelajar yang memerlukan bantuan persekolahan.
* Membimbing pelajar untuk meneruskan pengajian ke tahap tertinggi.
* Menyediakan dokumen sijil berhenti sekolah dan sijil akuan.

2.GURU DAN STAF 
* Mengurus kebajikan guru dan staf sokongan berkaitan perkhidmatan.
* Menyediakan peluang latihan/kursus pembangunan diri sekurang-   kurangnya 7 hari setahun.
* Menggalakkan guru menyertai kursus anjuran KPM untuk pembangunan    diri dan organisasi.
* Memastikan surat/edaran guru dapat disampaikan dalam tempoh 1 hari    dari tarikh penerimaan surat.
* Menyediakan prasarana ICT yang mencukupi dan berfungsi.

3.IBU BAPA
* Menjaga keselamatan dan kebajikan murid sepanjang persekolahan    mereka.
* Melaporkan perkembangan kademik dan sahsiah murid dari semasa ke    semasa.

4.STAKEHOLDER
* Melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa    oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan    Pejabat Pelajaran Daerah.
* Mengambil tindakan kepada semua urusan dalam tempoh yang ditetapkan    dan sentiasa peka serta bersedia menerima pandangan dan cadangan    yang konstruktif.

No comments:

Post a Comment